Perancangan Allah lebih baik
Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah
kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat
perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang
seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala
hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas
perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang
tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa
keindahan perancangan Allah itu.
Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah.
Wallahua’lam.

Comments
Post a Comment